ShArIng Is CaRiNg

Thursday, December 30, 2010

Arif n his truck





assalammualaikum bloggers semua..
sihat hari ini?
ok la 2..
cammana sambutan tahun baru korang
kitaorg sambut kat..
kat..
umah sendiri..sambil tgk tv jer
ha..ha..

anyway nak kongsi cite paal arif new toy..
permainan terbaru dia
oleh sebab puteraku ini suka sangat tengok 
lori dan bas
pendek kata mana2 objek yg bergerak atas jalan raya
mesti menarik perhatian dia punyalah

kalau dia gaduh ke ngan aina kat dalam kete
n jika ternampak lori atau bas,,mesti dia terpegun kejap
n kemudian baru sambung gaduh balik..
btul..tak tipu punya

pernah suatu ketika..
perg..suatu ketika yer
ha..ha..
last weekend,petang, kami sekeluarga
otw ke mersing
saja bawak berjalan
sebelum tu dua beradik nie tak tdo kat umah
so tak dalam keje arif aku tgk macam dah mamai
sebab ngantuk sangat

pastu korang tau,papa kenakan arif pulak
arif baru jer nak lelap,nak tutup mata
papa cakap "ehh...ada lori la.."
sajer jer nak tgk reaksi dia
korang tau..arif tetiba bangun n berdiri sebab
nak tgk lori
bila dia tgk tak der
dia baring balik n nak tdo
papa buat lagi
bangun lagilah dia
kesian arif

sampai macam 2 skali arif suka ngan lori n bas
aduh..


Wednesday, December 29, 2010

My Korean Hero...


assalammualaikum...
dah tengah malam nie...around pkul 1.37 a.m
tapi mata tak ngantuk lagi
jd blog la peneman setia

teringat kata2 arwah abah pasal arif
memandangkan arif nie agak cerah
pastu dia ckp arif nie nak kata mcm cina tak jgak
sebab mata besar,bulat
nak kata cam jepun pon tak..

ha..ha..aku ckp mcm korean tak abah...
ha..ha..tergelak besar abah
tp semua tu adalah kenangan terindah bersama abah
akan tersemat di hati sampai bila2





Puteri Lilin


assalammualaikum...

memperkenalkan puteri lilin dalam keluarga kami
puteri tercinta
Nur Aina Nadhirah B.Rusdi

sebab apa dia digelar puteri lilin?
persoalan tu..
sebabnya mek nie tak tahan panas
nak kata dia ngada2 ..tak jugak
kalau tak pasang kipas tu kuat berpeluh dia nie
kalau dia main lari skit ker mesti mandi peluh la..
kesian plak tgk..

kalau tgk tv tu pelik la kalau tak bukak kipas kalau dia ada
kekadang aku sampai "bertekak" ngan dia
yelah kita nie sejuk dia leh plak nak berkipas jer
last2 mesti mama kalah..
pasang jgak la kipas..
ha.ha..
anakku..

utk pengetahuan korang,aku nie emang tak tahan sejuk..
kekadang tu dok lepak2 tgk tv ngan papa n anak2
aku tutup kipas..
"papa ckp awak nie tak panas ker"
aku ckp aku rasa sejuk
ada ker dia kata aku darah ikan..
pandai jer

kalau stay kat hotel lglah
anak2 sukalah
sebab aircon
aku frezzing
malam tdo mesti selubung...
haiya...

Nak Phone Baru..Tp....

Go to fullsize image

assalammualaikum....semua...
reader semua pe khabar?
hopefully semua sihat...
kali ini nak cite pasal phone..
skrang nie banyak sangat model
phone di pasaran

ujung2 tahun disebabkan
ada bonus gaji n bonus ASB
hati papa n mama tetiba melonjak-lonjak
KONONNYA nak tukar phone
tak taulah skrang nie memangla berkobar-kobar
tp bila tgk harga..
aduh telan air liur ooo
matlamatnya ialah..
NAK CARI PHONE CANGGIH TAPI MURAH
ade ke mcm tu..
ha..ha...


Mandi Manda di...Umah Sendiri

assalammualaikum...n salam sejahtera semua...
memandangkan ketiadaan papa so nampaknya 
aku tak berapa bz..
so apa lg rasanya nak update my blog
tgah melimpah ruang idea nak menyonteng kan cni..
terimalah..

this pic was taken ptg tadi...
masa anak2 mandi petang
merengek nak mandi kolam
ha..dapatlah mandi kolam 
walaupun tak seberapa

suka btul...



Gambar Aina masa kecik..


assalamualaikum...
selamat petang semua..
kali nie rasanya nak berkongsi cerita pasal aina...
terasa cepat btul masa berlalu
cepat btul tgk aina membesar..
nie antara gambar2 aina masa dia kecik2 lg...
well..enjoy..


nie masa kat kedai pakcik kat tiram..
lepas pantang ..


 raya 08 kat tiram..


suka pic nie..aina xcited nak tgk pelita
so chubby

tomei..tomei..


masa baru2 pindah kat endau..3 bulan

 masa holiday kat melaka..



2 tahun setengah

kat zoo melaka

kami...

kepanasan...


comotnya bedak..

hi...

it's me again

papa n mama lg xcited
masa nie mama dah pregnantkan arif..
5 bulan

 masam jer

kat kl..

Tuesday, December 28, 2010

GAIN WEIGHT...

Go to fullsize image





Go to fullsize image

assalammualaikum...semua
tq kpd sesiapa jer yg sudi drop by n jengah2 blog 
yg tak seberapa nie
tak berapa cantik..
sebenarnya i try my best utk decorate my blog
n nak tambah aplikasi yg canggih2
tapi dengan aku tak berapa nak pandai sgt
maklumlah baru lg..
n kalau ada sape2 yg sudi ajar saya psal blog nie..
alangkah bestnya
ha..ha..

story entry kali ini
ialah sy nak tanya pendapat korang
macamana nak gain weight...diulangi gain weight
bukan lose weight
aku rasa aku nie kurus sgt la..
nak jak rasa tembam skit nk  berisi skit
utk pengetahuan korang semua
aku yg dah beranak 2 nie hanya berat lebih kurang 50 kg
seluar zaman anak2 dara tu aku eh pakai lg tau sekarang
aduh

aku dah cuba makan macam2
n makan dalam kuantiti banyak
tp..
:(
aku pernah tanya pakar pemakanan kat klinik
dia kata mungkin metabolisma aku tinggi
sebab tu makanan yg aku makan cepat dibakar n tak 
berpeluang nak menjadi lemak
pulak...entahlah

tapi aku nekad nak try weight gain dari Apetton
aku dulu nak beli tapi harganya pergh mahal ooo
satu tin kecik tu harganya RM 160++ 

aduh tapi nampaknya kena beli jgak..
nak jgak2..nak jugak

Kesian Arif..kena iron

 sian abang bujang mama..


 my korean hero pakai songkok


 ehem..ehem..senyum manja

aduh2..aduh..atit..mama


assalammualaikum reader semua..
hari nie kan dah macam kemaruk kat blog nie
rasa nak berblogging jer..
dalam otak nie ligat memikirkan apa topik nak dingomelkan
tapi harus diingat
blog..blog jgak..kerja umah mesti siapkan oo..
anak2 mesti beres ooo
jangan berblog anak2 tak makan
ha..ha...

tgk gambar2 diatas?..
tulah anak bujangku
he..he..bujang tu..
anak lelakiku yg pertama
amboi statement...
namanya Mohd Arif Zulkarnain
n also knowed as my korean hero


tangan kanannya kena iron semalam
aduh..terasa bersalah yg amat sangat
tak sampai hati tgk dia menangis tersedu2
silap aku tgak
careless..
kesian anakku nie 
maafkan mama yer syg..

actually semalam..
masa tgah iron baju kat depan tv..tetiba phone papa bunyi
so aku cepat2 la angkat takut penting 
iron aku tinggal macam tu jer
aku ckp kejap jer
less that 2 minit..
bgtau caller tu suruh call no papa yg lagi satu 
coz phone nie dia tertinggal

alih2 jer aku dengar arif menangis bangai nak rak
nasib baik skit
cepat2 aku pegi ambik ubat gigi n kicap
ubat gigi utk bagi rasa sejuk
n kicap utk tak nak bagi kulit kena iron tu menggelembung

i'm so..so sorry arif



Monday, December 27, 2010

It"s like wake up call...




assalammualaikum n salam satu malaysia
serta salam piala aff..ehh ada ker
dah tu skrang kan semua org kemaruk bola
ha..ha..gurau jer la..

sebenarnya entry kali ini lebih kpada kesedaran aku sendiri
tentang apa..itu biarlah menjadi rahsia

nasib baik aku cepat sedar sebelum keadaan jadi 
bertambah parah
yelah kita sebagai manusia tak lari 
dari melakukan kesilapan
aku bersyukur kerana ia masih belum terlewat

bila dingat2 kembali aku heran kenapa 
aku boleh seberani itu
tindakan itu diluar kebiasaan
namun alhamdulillah Allah S.W.T masih 
melindungiku dr segalanya
aku mengaku diri ini selalu khilaf dan lalai 
dalam ujianMU

ujian kali ini lebih kepada ujian mempertahan emosi 
dan perasaan
namun kini segalanya jelas n nyata
PAPA iaitu suami tercintaku
ilah someone best that i ever had
aku terima kelebihan dan kekurangannya
tak kan ada penganti dirinya
lantak la org nak kata entry kali ini 
entri feeling ke,entry ngada ker...
ADA AKU KESAH

anyway sesiapa yg faham tu..sy ucapkan terima kasih
that mean a lot to me...

kepada keluarga ku
Xspecially papa n anak2
u are heaven tu me



Skuad Harimau Malaya yg makin popular

assalammualaikum..n samalm satu malaysia
skrang nie boleh katakan malaysia nie demam
 piala Suzuki AFF kan
kat mana2 jer semua org bercerita 
tentang benda nie
ni ditambah pula dengan kejayaan skuad harimau
 malaya tumpaskan garuda dari indonesia
makin semaraklah cerita bola sepak malaysia nie


tempiasnya berkena jgak kat player2 harimau
 malaya nie yg mula mendapat perhatian daripada 
seluruh rakyat malaysia
daripada ramai yg tak tau jd ramai yg tau n kenal 
ngan player2 skuad kebangsaan nie...

senang ckp makin popularlah..
he..he..
aku yg surirumahtangga nie pon tetiba 
jd minat kat bola...
diulangi..minat kat sukan bola sepak jer
bukan kat player2 nyer
ha..ha...jangan silap
yang aku minat dari dulu,kini n selamanya 
hanyalah
...
..
.
SUAMI TERCINTAKU
MOHD RUSDI B. GHANI

berbalik pada cerita tadi
sememangnya kita patut bagi kredit pada pemain2 kta nie
peningkatan mendadak lately nie
ehh..korang perasan ada 2 org player2 skuad harimau malaya pimpinan k.rajagopal nie adalah pemain muda dari negeri cik siti wan kembang
ala...kelantan la..
mostly dari sana
diaorg ilah penjaga gol
Mohd khairul fahmi che mat dan
penyerang
nurshahrul idlan talaha

kiranya saham player2 nie naik la beb
taraf sekarng popular sama level ngan artis ha..ha..
kalau dulu player2 yg popular ilah
kembar zakuan n zafuan
skrang dah tukar la beb
sekarang dah musim 

Mohd Khairul Fahmi Che Mat

Fahmi Tolak Pujian Berlebihan
gambar dia diatas ilah orgnya

tgk dia masa lawan vietnam
terror jgak orgnya
menyelamatkan gawang negara
tp awasnya dia nie dah berpunya..ha...
nangis anak2 dara kat luar ha,,ha,,



Go to fullsize image
mohd sabree mohd sali

score jarinagn erharga msa lawan ngan indon


View Image

ada lg player2 yg hebat2 tapi nak cari gambar diaorg susah la beb..

so majulah sukan utk..utk..negara,bangsa,agama..

Ngauman Harimau Malaya

Go to fullsize image

assalammualaikum..semua..
rasanya hari nie seluruh rakyat malaysia happy giler
sebab mlm semalam skuad negara
kalahkan indonesia 

piala aff bagaikan berada dalam gengaman
gua tabik spring..toing..toing..
kat barisan pemain yg cukup agresif malam kelmarin
alhamdulillah berkat usaha keras
 pemain n coach nampaknya 
membuahkan hasil
berserta sokongan n doa akhirnya 
kita selangkah utk 
menjulang piala ni buat julungkalinya

tgk performance team harimau malaya 
kelmarin cam tgk EPL plak
gaya dah pro 2..syabas inspektar sab..
ehh..he..he..

1st half tgk indonesia garang menyerang n malaysia 
banyak defeant
tu yg boring skit tgk...
tp bila tgk 2nd half...it's beyond my expectation..
memang mutu bola sepak kita makin meningkat
alhamdulillah..

so...rabu nie perlawanan kedua kat indonesia
kat stadium bung karno jakarta
hopefully team harimau malaya dapat tunjung taring
 n rampas piala aff nie bawak balik Malaysia
harimau malaya baham garuda yer...
jangan terlampau selesa dengan kemenangan tempohari
perjuangan belum selesai

ape2 pon...MALAYSIA BOLEH
HARIMAU MALAYA BOOOLEHH...





Wednesday, December 15, 2010

Baru 26...

Go to fullsize image

assalammualaikum...bloggers semua
apa khabar semua?...ada baik.?
hopefully semua sihat2 yer..

well...tq semua 4 all the wishes 
actually yesterday is my birthday..
member2 fb tu tq semua..
love u all..

bertambah lagi usiaku...
26 tahun dah...
baru 26 beb...
muda belia lagi..remaja tua..yg dah ada 2 org anak
ha..ha...

dalam usia 26 tahun aku dah melayari alam perkahwinan
selama 5 tahun..
tak sangka...
terasa cepat btul masa berlalu...


memandangkan aku tgah kekeringan idea
so ..
 itu jer lah utk kali ini..

byee.........

Sunday, December 12, 2010

Aina's miracle


 askum para reader semua
perg..tajuk..Aina's miracle
apa yg ajaib sangat tu
aku tak tau la korang
tp pada aku pelik skit la

apa dia?
 ...
..
.
ha..jeng..jeng..jeng

miraclenya ialah aina anakku
boleh menulis ngan kedua2 belah tangannya
kiri n kanan
n yg agak pelik kualiti tulisannya agak sama

dulu mula2 aku tak perasan
tapi lama2 bila tgk dia mewarna n menulis
aku perasan keadaan ini
bila dia lenguh tulis atau mewarna 
dengan sebelah tangan tu
dia akan tukar
perg..cayalah..
tak pernah aku jumpa lagi

kira aina ada kelebihan bila sekolah nanti
aku tak tau dari mana datanngya gen menulis
dengan both hands
nak kata dari aku atau hubby
nampaknya tidak
sebab both of us menulis ngan satu tangan je
iaitu kanan
well setiap anak2 have they own specialty
so reader do u have one?