ShArIng Is CaRiNg

Wednesday, May 23, 2012

Bagai nak gugur jantung ini..........

Assalammualaikum....

hari ini 4hb mac 2012,tercatat satu sejarah yg mungkin agak lama untuk 
aku boleh lupa..
knapa sebab...aku rasa macam hampir hilang anak
sulungku..puteri tunggalku..
akibat kelalaian aku,papa..

cite macam nie...pagi tadi aku bangun awal utuk beli sarapan dan  pegi pasar
so memandangkan semua tidur lagi selepas subuh tadi malas nak kejut
cuma gerakkan papa n bagitau nak ke pasar

oleh kerana ari cuti ,ramailah orang kat pasar
so aku agak lambat sampai ke rumah..
otw nak masuk pintu pagar,dari jauh aku nampak ada sorang budak nie
jalan keluar dari kawasan ppk ke jalan besar

bila aku lalu ngan kete sebelah budak tu 
YA ALLAH 
anak aku Aina 
dalam keadaan menangis..
nak mama..nak mama

PERASAAN AKU MASA TU...
SEDIH,KESIAN,MARAH,BERSYUKUR N MACAM2 LAGI

terus aku suruh Aina masuk n pecut kete balik
balik jer tak sempat matikan enjin aku terus masuk umah n cari papa
bertambah geram bila tgk dia tgah berselimut elok jer sampai anak
keluar rumah pon tak sedar

so...AKU YG TAK PERNAH2 TINGGI SUARA KAT PAPA
TERUS PEKIK KAT TELINGA DIA SURUH BANGUN N MARAH 
DIA YG TERKEJUT N PELIK KNAPA BINI DIA MARAH SEMACAM

setelah sesi melepaskan kemarahan selesai,bermula sesi hiba terbayang kalau
apa2 yg buruk berlaku pada Aina..
kami semua menangis....
dan masing2 berjanji akan lebih berhati2
n aina janji tak akan buat lagi

padahal aku dah kunci pintu,aina boleh panjat kerusi n bukak
semata2 nak cari aku

Aina memang paling rapat dengan aku
tak boleh berenggang
 kuat beremosi macam aku
kira aina mameng copy n paste akulah

 

Trip ke Tioman

Assalammualaikum.......

last week,peladang endau ada buat bengkel untuk staff kat Pulau Tioman
oleh kerana aku n anak2 tak pernah g sana
aku pon cakap nak ikut

so inilah antara gambar2 kami dia Tioman ..
enjoy..





Dia.....




Assalammualaikum....

fuhh..dah berhabuk dah blog aku nie..
last post entry awal mac lepas
kesian blog,ada tuan tapi tak terjaga
sorry yer blog..nama jer housewife
nampak macam tak sibuk,keje kat rumah jer
tapi sebenarnya jadi housewifelah paling bz skali
dari celik mata,hingga tutup mata nak tido ader jer kerjanya

so..back to the topic
DIA...
siapa DIA tu
DIA yg aku maksudkan SUAMIKU
yg sekarang berada jauh di perantauan
g KOREA
ikut rombongan LPP

dulu,aku pernah suarakan ketidakpuasan hati aku
sebab aku rasanya DIA tidak seperti suami2 rakan2ku yg lain
aku cakap knapa DIA tak macam si polan dan si polan
yg macam tu dan ini

DIA masih mampu tenang n mandengar
langsung tak tinggi suara
si isteri yg terus pot pet

sehinggalah keadaan tenang dan dia beri hujah knapa DIA begitu
aku terpaku...tiap butir bicaranya penuh hikmah
knapa DIA jarang mempamerkan kasih sayang
sebab DIA menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk yg tak terucap dan tersirat,itu lebih bermakna
dari kerap mengucapkan kata cinta dan sayang tapi tidak sepenuhnya maksudkan

knapa dia membiarkan aku membuat sesuatu perkara yg penting berseorangan
kerana DIA nak melatih aku supaya bersikap lebih berdikari
bersedia dengan segala kemungkinan

jauh di sudut hatiku..amat bertuah Allah S.W.T kurniakan
DIA sebagai imamku
berbanding teman2 istimewaku yg terdahulu,DIA yg terbaik