ShArIng Is CaRiNg

Wednesday, May 25, 2011

Rutin Aina sebelum tidur


[url=http://www.glitter-graphics.com][img]http://dl10.glitter-graphics.net/pub/31/31660rlcl5aebuz.gif[/img][/url]

Assalammualaikum...

pembuka bicara

gambar di atas adalah gambar anak
dara saya
Nur Aina Nadhirah
yg bermaksud Cahaya Mataku yg Cantik Berseri

Berumur 5 tahun dan penyeri dalam rumah kami
dengan mulutnya yg ramah sangat n kuat makan

sajer nak share rutin Aina sebelum tdo
setiap hari

Sebenarnya awal2 dulu memang aku ajar anakku
tak sangka jd amalan sampai sekarang

PERTAMA;

BACA DOA SEBELUM TDO

KEDUA:

BERSALAMAN,CIUM PIPI N PELUK

KETIGA:

CAKAP "LOVE U PAPA,MAMA

KE-4:

SELAMAT MALAM

KE-5:

BAGI SALAM

Alhamdulillah nampaknya hari2 Aina tak lupa nak buat
walaupun kadang2 dia tertido awal n tak buat
dia mesti bangun tengah malam
n kejutkan aku semata2 nak salam,cium n ucap selamat mlm

kekadang rasa geram gak kejut semata2 nak buat mcm tu
tp nak buat macam mana sendiri yg ajar

kalau kita tak layan esok pagi siaplah dia merajuk
n cakap
"mlm tadi,mama tak salam ngan Aina pon"

macam2...

[url=http://www.glitter-graphics.com][img]http://dl9.glitter-graphics.net/pub/412/412179maq7071jlo.png[/img][/url]
Butterfly IconButterfly Icon

Tuesday, May 24, 2011

No Doubt


Assalammualaikum..

No Doubt,wah tajuk entry macam nama band rock la. Ia bermaksud
tanpa ragu-ragu tau tanpa sangsi atau tanpa apa-apa jer lah..

sebenarnya nak cite pasal kejadian nie. dah berbulan2 terjadi tp 
teringat nak ingat nak 
share ngan warga blog sekalian

That time kebetulan papa bz sgt,dgn meeting,
kerja kat pejabat,kursus
n macam2 lagi yg menuntut perhatian yg lebih
dr dia selaku ketua jabatan
masa tu aku sememangnya makan hati
weekdays bz,weekend pun bz gak

Mana taknya,gi kerja pagi,tgahrai tak balik
jumpa2 nanti magrib
pastu pkul 9.30 g office @ jumpa staff pkul 12 -1
pagi baru balik
fuhh...angin btul aku masa tu

terrasa btul diri nie terabai
kebetulan 2 hari sebelum tu papa ke kl atas urusan kerja
sehari ada kat umah,than 2 hari ada seminar kat Batu Pahat

Bengang ooo..
aku sememangnya tak dapat ikut la..
tak tergamak rasanya nak pontengkan Aina sekolah
semata nak ikut papa outstation.
memang tak la.
kecuali benar2 penting,itu memang tak boleh elak la kan

So,dia pergi jgak seminar kat BP
aku memang dah start merajuk dah.
Nik Arif dah mula menunjukkan tanda nak demam
semamangnya Nik Arif tak boleh lama2 berpisah ngan papa
nanti mulalah sakit
papa pergi aku buat tak tau jer..
sajer nak buat dia geram

Nik Arif demam,sehari semalam dia kat BP
ada la dalam 4-5 kali dia call,tp aku tak anggat
nak menunjukkan aku masih marah

Malam tu kebetulan dia msg aku bgtau ada majlis tilawah
n kebetulan Pengarah ada,dia kat leh balik
sebab mungkin abis majlis lewat
pastu esok plak ada sukan plak
dia kena ada sebab dia AJK
aku ingnorekan msg papa tu

Malam tu kami 3 beranak tido awal
tetiba around pkul 2.30 pgi aku terdengar bunyi kete 
macam bunyi kete papa kat luar
bukak tingkap n tgk
sah papa
apa hal dia balik?

jawapan papa
SAYA RISAU MAMA TAK ANGKAT PHONE
SY NAK TGK MAMA N ANAK2
TU YG SY SANGGUP DRIVE 3 JAM BALIK TGK KELUARGA
PKUL 6 PAGI ESOK KENA PEGI BALIK

YA,,,ALLAH menyesalnya buat papa mcm tu..



malam tu


Monday, May 23, 2011

Kisah Semalam Part 2

Bismillahhirohmannirahim...

Assalammualaikum semua...
 nak sambung cite pasal Ahad lepas

lepas kami melawat pekerja papa di hospital
yg kebetulan dgn amat ngan 
playgroud kat mersing,maka Aina n Nik Arif pon merengek
rengek nak ke sana
layankan jer la

seronok tgk anak2 main..
kejap main buaian,jelonsor,jongkang-jongkit


agak lama jgak,
half an hour kat situ jer
lepas puas kat situ agak papa minum ptg kat
mersing
apa lg cendol la fuhh kat mamak


aku order tosai n cendol,
papa capati n cendol
anak2 ace cream




Go to fullsize image




Go to fullsize image




sampai umah dekat ngan magrib
aku masih kenyang makan tosai ptg tadi
tanya papa dia nak makan mlm tak
kalau nak,aku siapkan
dia kata tak nak


anak2 tdo awal plak,
keletihan main ptg tadi
lepas isyak plak,papa kata dia baring jap
sebab nak lagakan sakit kpala
tinggal aku jer la
nak layan tv tak der mood plak


last2 aku masuk tdo pkul 10 mlm
kejut papa,dia boleh nyigau plak
macam2 dimerepekkan
dia kata
"mama,dah amik no tel ke blum"
confius aku..
malas nak layan
aku masuk tdo dulu


terjaga balik pkul 11.30 mlm,tgk papa masih berbongkang
kat sofa,kejut papa suruh tdo dlm bilik
tak sampai hati nak biar papa tdo kat sofa 
sampai pagi
my hubby nie kalau kejut tgah2 malam amat payah nak bangun
naik geram plak
kalau aku kuat dah lama aku dukung


at last bangun jgak,dalam keadaan separuh sedar
sambung tdo dalam bilik



Kisah Semalam...

Assalammualaikum n salam sejahtera...
pagi tadi lepas hantar Aina ke sek
n bersarapan 
niat dihati membuak2 nak update blog
tapi bila dah start buat kerja rumah
jadi ralit dah nak tngahri pulak

so kenalah siap nak masak menu lunch pulak
so rasanya ptg2 skit kot baru leh buka blog
nampaknya btul...

actually,this whole week,anak dara eden
Nur Aina Nadhirah exam
pertengahan tahun
semoga boleh jawap dgn cemerlang
amin..

nak story mory pasal rangkuman kisah semalam
banyak cite sangat,tak tau nak cite mana dulu
so decided nak cite kejadian dari pagi sampai malam
yg pada saya agak kelakar
so bersedialah dengan karangan yg lebih panjang dr saya kali ini

biasalah weekend..inilah masa nak tido lebih skit dari biasa
lepas solat subuh,aku n papa sambung beradu..
fuhh..jarang dpt mcm nie
n bangun pkul 8 pagi
tgk Aina n Nik Arif serta papa tdo lgi
aku cepat2 mandi,hajatnya nak cepat
nak pegi pasar,beli sarapan
kalau bdak2 tu bangun haru,mesti nak ikut aku
susah ooo..dah la pasar hari Ahad ramai org

tgah mandi dengar suara Aina n Nik Arif dah bangun
aduh....nampaknya kena la bawak hero n heroinku
lepas mandikan,masa nak pakaikan baju Nik Arif
kakak Aina tgah kira 1-10
tetiba Arif leh kira 1 sampai 10
dengan tak der salah pon
aku rasa gembira sangat sebab aku tak pernah 
properlly ajar Arif mengira,
tak sangka dengan hanya selalu mendengar kakaknya
dia boleh hafal

seterusnya lepas sarapan,kemas umah aku masak utk luch
menunya sayur campur masak lemak,ikan goreng n sambal belacan

lepas mkn,papa bagitau dia nak melawat pekerja
ladang yg kena tahan wad kat hosp mersing
sebab kena patok ular
kesiannya

so dlm pkul 3.30 kami ke mersing.sebelum sampai hos
papa ajak pekena mee bandung dulu
wah...memang sedap..sebab memang slalu makan kat situ

masa kami tgah makan,dtg satu kereta berhenti.nak makan kat situ
jgak
mereka sekeluarga
ada sepasang anak
seorang dah besar sebaya Aina,sorang lg baby

suaminya kudung tangan sebelah
aku n papa buat biasa jer la
tak nak tgk2 jer,kang segan n malu plak abang tu

diaorg kebetulan plak duduk meja sebelah kitaorg
tetiba Aina yg terkenal ngan mulutnya yg banyak tu
cakap."mama,org tu tak der tangan sebelah"
aku terkedu n terus buat tanda SHHH
takut abang tu terasa hati
sure dia dgr

pastu aku pandang diaorg,abang tu senyum jer
agaknya dia dah biasa budak tegur macam tu

Anak abang tu pon baik,masa makanan kami sampai
dia nak makan,dia panggil Aina n ckp
"kakak,Makan"
kira pelawa makan skali lah

masa kami nak gerak plak bdak tu lambai kat Aina..


Saturday, May 21, 2011

Layan Filem Malaysia ke Melayu

 
Assalammualaikum n salam sejahtera
oleh kerana hati nie mood memang nak menambah 
entry dalam blog aku yg sekian lama 
sepi,aku cite la pasal
hari nie aku layan cite
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
best giler ooo...
no wonder la kutipan juta2 ooo..

oleh kerana papa outstation ke BP
dari pagi tadi
so aku banyak masa terluang
sambil2 iron baju layn cite nie best jgak

tv.. anak2 dah "tawan"
so aku layan lappy jer la...

lawak giler..
sebenarnya apa yg dipaparkan terjadi dalam 
seharian kita
tp diolah dengan spontan..tu yg jd
lawak tak hingat

suka sngat scene,
lari ketakutan tu
cute sangat

ha..ha...

 

Mulut....

Go to fullsize image



Assalammualaikum semua
lama nyer tak mencorat coret kat blog sendiri
alasan aku masih sama
bzzzzzzzzzzzz sgt
balik kg lagi dan lagi
kerja umah 
anak2,suami
tak pernahnyer abis
so u uolls...nak story skit
nie secara am n berdasarkan kisah benar
he..he...
peristiwa sebenar biarlah Allah S.W.T 
aku dan sesiapa yg terlibat sahaja
yg mengetahuinya
tak nak lah nak menuduh ataupun membuka aib orang

so...bak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Umah
mesti korang cakap
"ce cite..ce cite..ce cite"

he..he...
korang tau tak dalam semua anggota badan kita
"lidah"(percakapan)
ilah senjata paling lembut tapi mampu menghiris hati 
seseorang dengan amat tajam

pedih oooo...sakit hati ooo 
bila tau sebenar sebenarnya orang yg kita rapat
cite buruk belakang kita kat orang lain
terkedu,sedih ,marah,kecewa
macam2 perasaan yg kita akan rasa
perg...."sungguh tak ku sangka"
bak kata2 dalam filem2 kan

tapi nak buat macam mana kan..
life must go on....
but i learn my lesson
don't ever...ever....EVER....
cepat sangat percaya kat orang

so skrang aku ambil langkah berhati2...
dengan slalu pakai perisai,
he..he...amboi pakai perisai tu...

tak der lah..kita hati2 la ngan orang yg
sedemikian rupa
yg macam mana?
yg mulut manis,lidah bercabang,talam dua muka
apa lg ekk...

semoga "org2 mcm nie"
sedar suatu hari nanti
amin..