selamat malam semua...sementara anak2 dah tdo
n my hubby plak outstation ke MAHA
maka rasanya nak berbloglah
idea entry nie timbul bila tgk Aina tgk wrestling kat tv
masa kat kdai bila kami singgah nak makan
bersama pak sedaranya
untuk makluman semua kami sekeluarga tak berasa minat
ngan WWE nie
tapi sebab kedai tu bukak kami tgk jer la
aku tgk Aina khusuk semacam jer
risau jugak kang nanti dia praktikkan kat adiknya
n suprise..tetiba dia kata
"mama,tak baikkan berlawan macam tu"
sambil tangannya di halakan kat tv
"nanti dia sakit,berdarah"
"jangan la bergaduh lg"
aku terkejut jugak..ingatkan dia suka tgk wrestling
nampaknya Aina menurun sikap aku
"perspektif" n pandangan Aina n aku terhadap
dunia wrestling nie sama
ingat lg sama aku kecik
umur 9-10 tahun,aku jd fobia tgk wrestling..
aku tak faham kenapa kakak2 aku minat
sangat tgk WWE nie
siap bersorak2 lg ngan hero yg dia minat
aku tak sanggup nak tgk org kena belasah n sakit
bukan nak cakap aku baik sangat masa kecik tp
masa kecik aku memang tak minat langsung wrestling nie..
aku tak faham kenapa kita mesti suka n bersorak bila tgk
org berlawan n sakit
aku rasa ngeri
so i'm so proud bila Aina..
dah pandai berfikir secara matang berbanding dengan usiamya...
No comments:
Post a Comment