ShArIng Is CaRiNg

Thursday, March 21, 2013

Kronologi Saya Bersalin

Assalammualaikum n salam sejahtera
fuh..lamanya tak update blog nie
bukan ape..
line tenet kurang memuaskan kat umah nie
nak update guna tenet kat tab rasa kurang feel

baby dah sebulan sehari baru nak terhegeh hegeh
buat entry nie. Rasa kekok pulak selepas lama
menyepikn diri. Bukannya apa dengan adanya baby baru nie,automatikly
semua rutin berubah. Sekarang semuanya kalut.
Kena buat sesuatu tu dgn cepat. Tak de istilah bertangguh-tangguh.
Baby lelap je terus kena buat keje umah.
Kalau tak kelaparanlah anak2ku dan mungkin rumah akan
bertukar rupa jd kapal pecah.

So far......i can handle it.
Mujur anakku yg sulung, kakak Aina dah boleh berdikari n diharap
serta papa yg memahami situasi aku.

Kalau sebelum nie dok baca pengalaman org lain bersalin,
skrang nak share pengalaman sendiri bersalin anak ke 3.
Setiap org mempunyai pengalaman yg berbeza namun InsyaAllah
pahalanya sama.

Bila seorg ibu mula merasai sakit bersalin, tercatat pahala jihad baginya

Bila seorg ibu melahirkan anak, terampun baginya segala dosa2nya yg lalu

Pahala melahirkan anak bagaikan pahala  berpuasa dan solat selama 70 tahun

Dan setiap urat yg sakit ketika melahirkan, pahalanya bagaikan menunaikan haji.

MasyaAllah....

Alhamdulillah,pada 20hb Feb 2013,saya selamat melahirkn seorg bayi lelaki
seberat 3.4 kg.
Diberi nama Muhaimin Asyraf Zahrin bin Mohd Rusdi.

Berikut ialah rentetan peristiwa tersebut. Amboi macam karangan
SPM pulak. Layan...

19/2/2013

Pagi tu bangun awal around pkul 5.30 pgi coz nak buat
bekal sarapan utk aina. Mihun goreng. Lepas siap n solat subuh,kejut
aina n siapkan dia ke sek.

Lepas papa antar aina g sek aku mengemas mana yg patut
while papa bersiap g pej.  
kemudian aku g tandas n aku noticed something cm tanda awal nak period.
Tetiba rasa takut n menggigil.
padahal sebelum nie kononnya tak sabar nak bersalin awal.
nervous mcm sebelum ni tak pernah bersalin.
mcm beranak sulung. 

Terus bgtau papa, n serta merta situasi jd kalut.  sakit kontraksion pon rasa dah.
Aku pon cepat2 bersiap nak g klinik utk check bukaan.
Sebelum tu sempat sarapan sama2 dulu.
Abang nik yg tgah tdo tu pon papa angkut g sama.
Pastu akun teringat air selusuh, kebetulan air tu tinggal sikit.
About half of glass,so aku tanya papa nak abiskan ke nak tinggalkan sikit.
Papa dgn yakinnya suruh aku habiskn je.

Suddenly, sakit kontaksion tu hilang.
Kelakarkan.
Tp kami pegi jgk klinik nak check.
Nurse bgtau, jln tak bukak lg. Masih tinggi lg.
So lepas tu aku buat rutin check up n balik.

Oleh sebab, langsung tak rasa sakit lg.
aku gagahkan diri mengemas, menyapu rumah, basuh kain,sidai.
Kononnya kalau esok lusa,aku bersalin, condition rumah tetap ok lg.

Ptg tu aku siap boleh keluar berborak ngan jiran sebelah umah lg.
Cayalah...

20/2/2013

Mlm tadi aku masuk tdo awal,sebab kononnya nak
dapat rehat yg cukup sebelum nak mengerah tenaga utk bersalin.
Dlm pkul 2 pagi terjaga sebab rasa sakit kontraksion.
Sampai pkul 4 pg,sakit selang 1 jam.
aku rasa memang hari nielah confirm aku akan bersalin.
kemudian selang 1/2 jam.
Mula2 ingat nak kejut papa.
Tp bila fikir balik, baik tunggu sampai kakak aina g sek dulu
lgpon sakit masih boleh ditahan lg.

Subuh tu, sakit selang 15 minit.
Kejut papa, n minta dia tlg siapkan aina.
Lepas hantar aina g sek,papa siapkan abang nik.
Masa nie aku tak boleh buat apa2..
coz sdng menahan sakit.

Sebelum g klinik papa ajak sarapan dulu.
aku mkn agak banyak sementara tak sakit sgt nie.
Bila sampai klinik, nurse n doc check dah bukak 3-4 cm.
Oleh sebab,aku tak de ape2 masalah, doc kata aku boleh bersalin kat
klinik kesihatan ,tak perlu g hospital kat Mersing.
Ada mcm satu rumah,dia buat ruang utk katil n bilik bersalin
lengkap dgn kelengkapan bersalin.

So doktor bgtau by noon, aku akan bersalin.
Kena check suhu, tekanan darah n buat CTG..
Jantung baby pon ok by thah time..

Banyak kali jugaklah aku kena seluk
dlm pkul 10 pg, sakitnya semakin kuat.
seluk lg n dah bukak 7-8 cm.
Papa pon kejap keluar masuk tgk aku.
Nurse ada 3 org monitor aku.
Ada sorang bidan senior pon dia rub perut aku sambil
baca doa utk kurangkn sakit.

dlm pkul 1, doc masuk utk check progress bukaan aku.
emm..masih 7 cm lepas 2 jam.
doc kata nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan bersalin.
Aku kata buat je lah apa yg patut.
Lepas tu masuk air.

Nak pecahkan air ketuban, alatnya dah tamat tempoh.
so melihatkan keadaan aku yg semakin lemah, doc  finally suruh aku g hospital Mersing jgak.

Tp mcm2 dugaan, ambulan pulak tak de.satu g jb,satu lg antar workshop sebab
cermin pecah.
So doc call hospital Mersing mintak hantar satu ambulan ke Endau.
Time nie aku tak tak tentu arah dah.
Papa kejap2 dtg bacakan doa n tiupkn kat kepala aku.
Buatkn milo tp aku minum skit je.

By the time ambulan sampai,bila aku diusung nak ke ambulan kat luar
Pengerusi PPK ada kat klinik,siap pesan kuatkan semangat

Aku rasa itulah masa yg plg lama utk ke Mersing.
Terlambung2 kat dlm tu.
Aku amalkan Ayat Nabi Yunus, Selawat.
n bernafas dalam2.

Sampai je Wad Bersalin,terus g bilik bersalin.
Doktor terus pecahkan air ketuban.
agak banyak jgak.
lepas abis air ketuban,aku bgtau aku nak terteran
doktor n misi suruh push2..push..
masa nie aku dah nak kehabisan tenaga dah.
misi tanya nak panggil suami awak tak masuk bilik bersalin?
aku ckp tak payah coz kalau dia ada lg aku tak boleh teran kot,
sebab lemah semangat konon manja kalau suami ada kat sebelah
2-3 kali push masih tak keluar lg...
sakitnya hanya tuhan yg tahu...rasa mcm nak mati
misi bgtau nanti anak awak lemas kang kalau tak push cepat2
dia suruh push cm geram nak marah..
dlm hati aku mcm mana nak geram nak marah,
masalahnya aku tak rasa nak marah pon
lastly,aku teran sekuat hati n rasa baby keluar

wad yg agak sunyi tdi bergema suara anakku..
kuat pulak tu...
dgn masih berlumuran lendir n  darah bayi diletak atas dadaku..
indahnya saat ini, terus terlupa sakit bagai putus nyawa tadi...
kemudian aku kena jahit..tp sikit je..kat bahagian dlm..
 
sekian,itulah serba ringkas....ringkas ker?
kisah aku melahirkan putera ketigaku
Muhaimin Asyraf Zahrin...






3 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Hush, bila nampak katil bersalin tu terasa balik pengalaman dalam labour room. Hihi.. Hospital mana ni. Doktor dan staf nurse ok ke?

    Seronok baca kisah pengalaman bersalin wawa ni. Tambah sayang kat anak sendiri sebab mengenangkan bukan senang nak anak.

    ReplyDelete
  2. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete