ShArIng Is CaRiNg

Thursday, March 21, 2013

Kronologi Saya Bersalin

Assalammualaikum n salam sejahtera
fuh..lamanya tak update blog nie
bukan ape..
line tenet kurang memuaskan kat umah nie
nak update guna tenet kat tab rasa kurang feel

baby dah sebulan sehari baru nak terhegeh hegeh
buat entry nie. Rasa kekok pulak selepas lama
menyepikn diri. Bukannya apa dengan adanya baby baru nie,automatikly
semua rutin berubah. Sekarang semuanya kalut.
Kena buat sesuatu tu dgn cepat. Tak de istilah bertangguh-tangguh.
Baby lelap je terus kena buat keje umah.
Kalau tak kelaparanlah anak2ku dan mungkin rumah akan
bertukar rupa jd kapal pecah.

So far......i can handle it.
Mujur anakku yg sulung, kakak Aina dah boleh berdikari n diharap
serta papa yg memahami situasi aku.

Kalau sebelum nie dok baca pengalaman org lain bersalin,
skrang nak share pengalaman sendiri bersalin anak ke 3.
Setiap org mempunyai pengalaman yg berbeza namun InsyaAllah
pahalanya sama.

Bila seorg ibu mula merasai sakit bersalin, tercatat pahala jihad baginya

Bila seorg ibu melahirkan anak, terampun baginya segala dosa2nya yg lalu

Pahala melahirkan anak bagaikan pahala  berpuasa dan solat selama 70 tahun

Dan setiap urat yg sakit ketika melahirkan, pahalanya bagaikan menunaikan haji.

MasyaAllah....

Alhamdulillah,pada 20hb Feb 2013,saya selamat melahirkn seorg bayi lelaki
seberat 3.4 kg.
Diberi nama Muhaimin Asyraf Zahrin bin Mohd Rusdi.

Berikut ialah rentetan peristiwa tersebut. Amboi macam karangan
SPM pulak. Layan...

19/2/2013

Pagi tu bangun awal around pkul 5.30 pgi coz nak buat
bekal sarapan utk aina. Mihun goreng. Lepas siap n solat subuh,kejut
aina n siapkan dia ke sek.

Lepas papa antar aina g sek aku mengemas mana yg patut
while papa bersiap g pej.  
kemudian aku g tandas n aku noticed something cm tanda awal nak period.
Tetiba rasa takut n menggigil.
padahal sebelum nie kononnya tak sabar nak bersalin awal.
nervous mcm sebelum ni tak pernah bersalin.
mcm beranak sulung. 

Terus bgtau papa, n serta merta situasi jd kalut.  sakit kontraksion pon rasa dah.
Aku pon cepat2 bersiap nak g klinik utk check bukaan.
Sebelum tu sempat sarapan sama2 dulu.
Abang nik yg tgah tdo tu pon papa angkut g sama.
Pastu akun teringat air selusuh, kebetulan air tu tinggal sikit.
About half of glass,so aku tanya papa nak abiskan ke nak tinggalkan sikit.
Papa dgn yakinnya suruh aku habiskn je.

Suddenly, sakit kontaksion tu hilang.
Kelakarkan.
Tp kami pegi jgk klinik nak check.
Nurse bgtau, jln tak bukak lg. Masih tinggi lg.
So lepas tu aku buat rutin check up n balik.

Oleh sebab, langsung tak rasa sakit lg.
aku gagahkan diri mengemas, menyapu rumah, basuh kain,sidai.
Kononnya kalau esok lusa,aku bersalin, condition rumah tetap ok lg.

Ptg tu aku siap boleh keluar berborak ngan jiran sebelah umah lg.
Cayalah...

20/2/2013

Mlm tadi aku masuk tdo awal,sebab kononnya nak
dapat rehat yg cukup sebelum nak mengerah tenaga utk bersalin.
Dlm pkul 2 pagi terjaga sebab rasa sakit kontraksion.
Sampai pkul 4 pg,sakit selang 1 jam.
aku rasa memang hari nielah confirm aku akan bersalin.
kemudian selang 1/2 jam.
Mula2 ingat nak kejut papa.
Tp bila fikir balik, baik tunggu sampai kakak aina g sek dulu
lgpon sakit masih boleh ditahan lg.

Subuh tu, sakit selang 15 minit.
Kejut papa, n minta dia tlg siapkan aina.
Lepas hantar aina g sek,papa siapkan abang nik.
Masa nie aku tak boleh buat apa2..
coz sdng menahan sakit.

Sebelum g klinik papa ajak sarapan dulu.
aku mkn agak banyak sementara tak sakit sgt nie.
Bila sampai klinik, nurse n doc check dah bukak 3-4 cm.
Oleh sebab,aku tak de ape2 masalah, doc kata aku boleh bersalin kat
klinik kesihatan ,tak perlu g hospital kat Mersing.
Ada mcm satu rumah,dia buat ruang utk katil n bilik bersalin
lengkap dgn kelengkapan bersalin.

So doktor bgtau by noon, aku akan bersalin.
Kena check suhu, tekanan darah n buat CTG..
Jantung baby pon ok by thah time..

Banyak kali jugaklah aku kena seluk
dlm pkul 10 pg, sakitnya semakin kuat.
seluk lg n dah bukak 7-8 cm.
Papa pon kejap keluar masuk tgk aku.
Nurse ada 3 org monitor aku.
Ada sorang bidan senior pon dia rub perut aku sambil
baca doa utk kurangkn sakit.

dlm pkul 1, doc masuk utk check progress bukaan aku.
emm..masih 7 cm lepas 2 jam.
doc kata nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan bersalin.
Aku kata buat je lah apa yg patut.
Lepas tu masuk air.

Nak pecahkan air ketuban, alatnya dah tamat tempoh.
so melihatkan keadaan aku yg semakin lemah, doc  finally suruh aku g hospital Mersing jgak.

Tp mcm2 dugaan, ambulan pulak tak de.satu g jb,satu lg antar workshop sebab
cermin pecah.
So doc call hospital Mersing mintak hantar satu ambulan ke Endau.
Time nie aku tak tak tentu arah dah.
Papa kejap2 dtg bacakan doa n tiupkn kat kepala aku.
Buatkn milo tp aku minum skit je.

By the time ambulan sampai,bila aku diusung nak ke ambulan kat luar
Pengerusi PPK ada kat klinik,siap pesan kuatkan semangat

Aku rasa itulah masa yg plg lama utk ke Mersing.
Terlambung2 kat dlm tu.
Aku amalkan Ayat Nabi Yunus, Selawat.
n bernafas dalam2.

Sampai je Wad Bersalin,terus g bilik bersalin.
Doktor terus pecahkan air ketuban.
agak banyak jgak.
lepas abis air ketuban,aku bgtau aku nak terteran
doktor n misi suruh push2..push..
masa nie aku dah nak kehabisan tenaga dah.
misi tanya nak panggil suami awak tak masuk bilik bersalin?
aku ckp tak payah coz kalau dia ada lg aku tak boleh teran kot,
sebab lemah semangat konon manja kalau suami ada kat sebelah
2-3 kali push masih tak keluar lg...
sakitnya hanya tuhan yg tahu...rasa mcm nak mati
misi bgtau nanti anak awak lemas kang kalau tak push cepat2
dia suruh push cm geram nak marah..
dlm hati aku mcm mana nak geram nak marah,
masalahnya aku tak rasa nak marah pon
lastly,aku teran sekuat hati n rasa baby keluar

wad yg agak sunyi tdi bergema suara anakku..
kuat pulak tu...
dgn masih berlumuran lendir n  darah bayi diletak atas dadaku..
indahnya saat ini, terus terlupa sakit bagai putus nyawa tadi...
kemudian aku kena jahit..tp sikit je..kat bahagian dlm..
 
sekian,itulah serba ringkas....ringkas ker?
kisah aku melahirkan putera ketigaku
Muhaimin Asyraf Zahrin...






Thursday, February 14, 2013

Not Yet....

Assalammualaikum n salam sejahtera
guess what,i haven't give birth yet..
today i'm 39 weeks n 2 days of my pregnancy. 
time seem goes even slower.

bukan merungut,tau betapa banyak pahala time 
mengandung nie,
tp ujung2 pregnancy nie macam2 sakit datang
tak tertanggung rasanya
walaupun cuma letih,penat,sakit badan,
semua tu rasanya tak tertanggung lg
perut pon rasa terik sangat

sampaikan aku "merajuk" dgn baby.
smalam aku tak berckp n berbual ngan baby
macam slalu
aku ckp baby tak dgr ckp mama n papa yg suruh
baby keluar cepat2.tak nak kawan baby...
aku ckp tu time nak tido,abang nik ada kat sebelah
tetiba  dia bangun n duduk sebelah perut aku n ckp
"nie abang nik doakan,mama tak sakit lg n baby
cepat keluar ye' Amin"

tersentuh dgn anakku yg sorang nie...
mama sayang semua anak2 mama

kakak Aina, Nik Arif...n baby






Cuti Umum CNY

Assalammualaikum...n salam sejahtera

date ari nie 9/2...6 ptg..
masih blom ada tanda2 nak bersalin..
agak kecewa..
ari nie memang moodless nak buat ape2
terasa lambat masa berlalu.
kesian tgk papa.
lepas 1 movie,layan movie lain kat HBO...
kalau macam nie azabnya nak abiskan cuti CNY sampai
ari selasa nie.
3 more days..

kitaorg memang tak plan ke mana2
dgn condition aku yg sarat mcm nie tak 
berani nak travel jauh2..

perasan tak skrang entry tak berserta dgn gambar...

MALAS...

Wednesday, January 30, 2013

Risaunya...

Assalammualaikum...n salam sejahtera..
lama tak antar perkhabaran kat blog nie...
bukan tak ade idea,tapi baru je bukak lappy
kekadang tu mood pon terbang jauh melayang
blame the hormone...
biasalah ibu mengandung
 elleh,padahal alasan..

ari nie usia kandungan aku 37 minggu 1 hari...
tgah menunggu waktu bilalah baby nak keluar
mama dah tak sabar,
dah letih nak membawak perut

since 2 minggu lepas,aku rasa baby memang dah kebawah dah
tapi tanda2 nak bersalin tak ada jugak
selain dari mengeras,kontraksi tak menentu,sakit pinggang
sakit kaki
semua tu dah rasa tapi baby nak dok dalam lama lg kot

nie ada cite skit nak kongsi dgn korang
yg sudi bertandang kat blog yg tak seberapa nie

smalam aku buat check up lg. biasalah bila dah lepas term 36 minggu
nie check up kena setiap seminggu.
subuh2 hari lg aku dah kena telan Iberex,utk tgk HB aku
yg kekadang ada masalah.mulalah tekak rasa mual semacam.
aku nie biar tak makan ubat,sihat.
bila makan ubat je mulalah rasa nak muntahlah,peninglah.
senang kata makan ubat lg men"taksihatkan" aku

aku pegi around pkul 9.30 pgi. tu pon dah ramai org. sebab kalau ari scan memang 
ramai. sebab tu abang nik tak nak ikut sebab dia tu kejap je nak balik.
serabut aku nanti.

lepas daftar,amik blood presure n timbang. aku agak mungkin tambah 1/2 kg @ 1 kg drpd last timbang minggu lepas.
tapi rupanya naik 3.5 kg. gila kau.terkejut aku. tapi kalau
difikir fikir memang munasabah jgak.
lately nie selera aku memang agak "melampau".
papa pulak melayan aku nak makan ape.
"dia kata makan selagi nak, sebelum nanti mama kena berpantang"
lg2 minggu lepas cuti Thaipusam balik kg 
kat T'ganu.
mok masak makanan kegemaranku
Nasi kerabu...emm..emmm
lepas tu ade je yg dimasak je yg memancing selera aku..
pengat labulah,pisang gorenglah,cenkodok pisanglah
pastu suruh aku berehat banyak,sebab tgk perut aku dah 
kebawah sgt dah
wah..."syurga dunia" btul...

berbalik pd cite check up...
lepas check hb..@ darah..,check perut ngan misi dulu.
dia kata dah 37 weeks,consider cukup bulan
dah boleh bersalin anytime.baby sihat n kuat gerak.

lepas check ngan misi,tunggu lg nak buat scan ngan doktor. time nielah rasa 
siksa btul. penangan kena makan ubat Iberex dgn perut kosong.
pening,mual,sweating. 2 kali aku muntah.nasib baik sempat pegi singki.berpinar rasa mata.


 pulak tu,lama pulak kena tunggu.bila sampai turn aku aku tgk doc tu bukan doc yg selalu
scan perut tu. dia say sorry sebab terpaksa buat patients tunggu lama.pastu bagi salam.
eh..terkejut aku ingatkan cina.

dia tanya knapa jarak anak kedua ngan yg ketiga jauh. 4 tahun..rancang ke? 
aku yg memang moody,kepenatan menunggu n ditambah pulak dgn sakit kepala, jawab ngan selamba."Entah".
doc tu pon mcm faham aku malas nak berbual sgt,terus suruh aku baring n nak buat scan..

lama jgak dia belek2 perut aku nie..sambil tu muka serius je tgk srin...em...erm..BESAR..
apa yg besar?aku dah tak sedap ati...
dia tanya minum susu ape?aku ckp campur2..anmum,everyday,susu soya.
 dia kata baby aku mungkin besar,anggaran 3613 gram..3.6 kg
biar btul..tak pernah anak2 aku lepas 3 kg..
abu agak mungkin baby ketiga nie berat dia around 3.2kg je..tak sangkalah
sebesar nie.. risau,rungsing aku.
mampu ke aku lahirkan normal baby sebesar nie.aku nie kecik je..kalau boleh aku tak nak bedah..

terus seharian smalam,aku kurang makan.cite ngan papa. dia kata jgn la risau sampai tak nak makan.nanti lg aku tak de tenaga.
dah baby besar nak buat mcam mana.terimalah... 

macam smalam,dia beli nasi goreng,bila dia tgk aku nak berapa makan 
mcm selalu,aku yg kena marah balik.
"tak makan,siap mama"

pagi nie pulak aku buat sarapan.bangun pkul 5.30 pagi.
papa kata tak payah susah2kan diri.
"awak tu dah sarat,berehat je"

so tulah cite aku yg agak panjang kali nie...
doakanlah ye..aku selamat melahirkan...
nanti entry seterusnya pasal baby pulak..

Assalammualaikum...